7.09.2009

TAK BELI LAGI BAIK KOT?




PULAK DAH...Tak ada hasrat pun nak beli Newcastle United, malah orang nombor 2 terkaya di tanah air, TAN SRI T. ANANDA KRISHNAN dilkatakan tidak pernah menghantar wakil untuk berunding tentang pembelian kelab bola sepak England itu.

Tak beli pun tidak apa, Newcastle pun bukan top lagi, penyerang sensasinya, Michael Owen pun dah `lari' ke kelab lebih baik Manchester United (MU) beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Sudahlah jatuh ke bawah, harga Newcastle United bukan murah.

Rasanya kalau nak, beli kelab di tanah air, taklah semahal Newcastle United, labur sikit beli pemain bagus-bagus, dapat pegang teraju dalam Liga Malaysia pun dah ok kot...Pelan-pelan lama-lama boleh intai MU ke Real Madrid ke...Bolehke?

6 comments:

rizal hashim said...

dah link blog saudara kepada blog saya. salam

Anonymous said...

tahniah zainul. majulah sukan untuk negara melalui blog.

Fair Play said...

welcome zainul. terus berjuang.

Khan said...

Salam Saudara

Dapat link dari blog saudara Rizal. Mohon lalu dan untuk beri sedikit komen.

Idea supaya orang yang berada di Malaysia membeli pasukan-pasukan tanahair sebelum membeli Newcastle memang baik dan bernas. Tetapi idea tersebut hanya idea yang idealistik kerana sebelum ini tiada sesiapa pun yang mengorak langkah idea ini. Tidak pasti juga kalau-kalau idea ini sah di sisi peraturan FAM.

Dalam dunia yang ideal, tidak akan ada orang miskin, tidak akan ada trafik jem, dan mungkin stadium-stadium tanahair dibanjiri puluhan ribu penonton pada setiap perlawanan liga bolasepak.

Apa yang bermain di minda mereka yang dikatakan ingin membeli Newcastle tidak akan dapat kita teka dengan tepat. Apatah lagi apa yang berlaku disebalik tabir dalam urusan pembelian tersebut.

Bagi yang idealistik juga, dengan adanya tuan punya kelab sebesar Newcastle di Malaysia, maka peluang untuk menghantar pemain tempatan untuk berlatih dan seterusnya bermain di gelanggang BPL akan semakin cerah. Boleh jadi itu yang sedang dicari melalui pembelian Newcastle. Banyak yang boleh dipelajari dari pengalaman memiliki suatu kelab profesional di England, dari pengurusan harian ke pelan pembangunan pemain. Manalah tahu kalau-kalau selepas itu kita boleh seterusnya membuka akademi bolasepak di bawah naungan kelab tersebut di Malaysia.

Namun ini adalah spekulasi semata-mata. Kalau ada rakyat Malaysia yang mampu, apa salahnya. Lebih-lebih lagi apabila kita tidak begitu pasti apa rasional di sebalik usaha pembelian ini.

Hafizal Hamad said...

akum abg..

steady la org kampung

KakiBola said...

nak beli kelab bolasepak di malaysia? kena tunggu hingga pentadbiran fam berubah kepimpinan dulu. kalau tidak, merudum jugak lah jawabnya


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger