7.19.2009

TEWAS TAPI BAGUS?

SKUAD bola sepak MALAYSIA tewas 3-2, tak payah sebut lawannya siapa? Semua orang tahu MANCHESTER UNITED (MU). Tetapi biasalah walaupun hanya aksi persahabatan, hampir kesemua media utama tak henti-henti menghamburkan pujian...Katanya kalah tetapi permainan bagus ditunjukkan skuad negara, ada komen mengatakan ini satu permulaan yang baik... Betulke?

Kiranya, ok juga kepada skuad kebangsaan kerana beraksi `tanpa penyokong' (hampir separuh stadium sokong MU)...Yang jelas ramai warga Malaysia sokong MU. Kalau kalah pun tak kisah kot, Malaysia menentang ramai sangat. Media pun satu, apabila kalah tipis...wow pujian melambung bukan main tapi pihak media pun sokong lain juga, tak percaya ada yang beri publisiti kepada sukan luar negara sampai tak cukup halaman....

Kita tengok pula esok, perlawanan sekali lagi antara MALAYSIA dengan MU...Apa pulak komen???

6 comments:

negerijiran said...

diorang buta kot tak tau beza mana realiti mana fantasi...

popiah said...

wartawan pun minat MU kot. macam wartawan tv3 minat selagor la

Anonymous said...

apa nak buat .... memang gitu adat kita menyanjung tetamu dan pelawat..tengok je apa jadi di bangku simpanan. Seluruh warga MU boleh duduk tepi padang tp team Malaysia??? Ada sekatan.

Unknown said...

Sdr, tahniah krn membuka satu lagi blog yg membolehkan kita semua bertukar fikiran dan memberi pendapat. Team negara memang main bagus petang tu tetapi sengaja tolak tuah kerana banyak pertukaran yang dibuat jurulatih membawa padah akhirnya. Malah kita juga gagal menggunakan kesempatan di depan mata. Man Yoo sampai kul 11pg, tak de rehat terus g training. Esok dlm keadaan panas kering kat Stdium Bkt Jalil, mereka yang turun kali pertama untuk musim baru, skor 2 sebelum disamakan oleh Amri. Pas2 jika anda perhatikan M'sia seolah sengaja enggan mahu melakar kemenangan kerana tidak menggunakan kesempatan di gelanggang sendiri. Sepatutnya kita boleh seri atau sekurang-kurangnya menang 3 - 2 kalau kita lebih cergas. Tapi..nak buat cam na, semua dah kata bagus walau kalah..Cuma kita harap game kedua M'sia perlu turun dengan semangat sama, bukan sekadar asyik diulit mimpi silam.

Anonymous said...

Untuk games yg boleh diketegorikan sebagai games iklan camtu, kualiti permainan lebih penting dr jumlah gol.

Tp, kualiti permainan dua2 pasukan macam hampeh!

rizal hashim said...

Saya setuju dengan muhammad hakimi. Layari lah http://rizalhashim.blogspot.com...


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger