7.27.2009

SHAHROM GEGAR BAYU

MEMANG GAGAH...SHAHROM ABDULLAH (tiga dari kiri) juara di Bayu, Baling...

ORANG lasak Malaysia, SHAHROM ABDULLAH sekali lagi cemerlang, kali ini mengatasi pencabar handalan dari Australia dan Jerman untuk muncul juara Duatlon Antarabangsa Tourism Malaysia Bayu Baling 2009 yang bermula di Dewan Tun Abdul Razak, Baling, kelmarin.
Jaguh Asia itu mendapat tentangan sengit sebelum mencatat 1 jam 27 minit 19 saat untuk menewaskan Bill Selan dari Australia yang ketinggalan hanya 26 saat di belakangnya manakala peserta Jerman, Jens Wilken di tempat ketiga dengan masa 1:29.41s. Hampir 300 peserta dalam dan luar Negara menyertai acara yang julung kali diadakan di Baling itu termasuk dari Jepun, Hong Kong, Macao, Thailand, Singapura , United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kesemua peserta perlu melengkapkan disiplin berlari enam kilometer dan berbasikal 36 kilometer sebelum berlari semula enam kilometer.
Sementara, kategori 35 tahun ke atas wanita menyaksikan Non Rakhupan dari Thailand muncul juara manakala Cheryl Hawkins dari Amerika Syarikat di tempat kedua. Kategori wanita 20–30 tahun dimenangi peserta Hong Kong, Elain Wong Kor Yan. Pelumba Thailand, Chandarak Chaikamjon pula menewaskan bekas pelumba basikal Negara, Muhamad Hafiz Wong Abdullah dalam kategori lelaki 35–45 tahun. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Azmi Che Hussin.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada orang Baling yang beri kerjasama walaupun tersangkut dalam kesesakan ke Pekan Baling.

Baling memang berpotensi untuk sukan antarabangsa..

Bayu atau Baling kita di peta antarabangsa.

Anonymous said...

Tertarik dengan semangat kental peserta baru pulih stroke sanggup menghabiskan larian dan berkayuh.

Inilah semangat Malaysia Boleh.

Tabik pada semangat tingginya...

Syabas penganjur dan ADUN BAYU kerana bawa acara antarabangsa ke Baling.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger