7.26.2009

TAK BOLEH PIMPIN, RELALAH DIPIMPIN

TAHNIAH buat DATUK ABDUL MALIK MYDIN kerana dipilih menjawat Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) yang baru. Mungkin tidak ada yang menarik, siapapun jadi presiden PBKL tetap wujud. Memang benar tetapi kalau kita lihat di sebaliknya, ada sesuatu yang menarik...

Ini kerana Malik bukannya tau buat gaya bebas ke atau kuak lentang dalam kolam saja, dia juga boleh kayuh basikal. Sebelum menjadi perenang maraton secara serius, Malik adalah pelumba basikal. Tak kisahlah bagaimana dia nak uruskan persatuan yang sudah pun nampak kontroversi selepas pemilihan berlangsung. Tetapi yang menariknya tentang PBKL, tak kira dari dahulu sampai ke kepimpinan baru, penuh dengan bekas-bekas pelumba dalam senarai ahli jawatankuasanya (AJK).

Tapi...Kalau tengok persatuan lain, lebih ramai orang politik dari atlet yang memimpin. Malah, banyak persatuan yang jawatankuasanya tidak ada langsung individu berpengalaman dalam bidang atau sukan yang dipimpin. Akhirnya jadilah macam ketam mengajar anak berjalan. Banyak sebenarnya yang macam ni dalam negara kita. Tak kisahlah orang politik pun, kalau rasa nak beri sumbangan tapi bukan bidang kita, tang orang bawah tu carilah juga yang tahu selok belok tentang sukan yang kita akan pimpin, jangan nak mudah pilih kroni saja. Ini kerana, kalau ada benda kita tak tau, orang bawah boleh tolong. Kalau dah semua tak tau, macam mana, susahlah jadinya......Tengok-tengoklah.

7.21.2009

FAM KENA FIKIRKAN

DAH tamat pun, skuad bola sepak MALAYSIA akhirnya terpaksa menerima realiti apabila sekali lagi tewas kepada MANCHESTER UNITED (MU)...Aksi persahabatan kali kedua di gelanggang sama, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia kalah 2-0 selepas kali pertama kena tipis 3-2. Tetapi saingan pertama sekurang-kurangnya dapat juga pintu gol dikawal ketat penjaga gol bertaraf dunia, Edwin Van der Sar dan Ben Foster, bolos dua gol...Bukan senang wooo!!!

Tak kisahlah...daripada kedua-dua perlawanan, kalau nak puji Malaysia melangit pun. Cuma sayang kerana tidak dapat nak dibuat ukuran prestasi skuad kebangsaan sebab pembatalan jadual MU menentang Indonesia di Jakarta gara-gara insiden bom di hotel yang bakal menjadi tempat penginapan MU. Ini kerana kita nak tengok keputusan perlawanan MU di Indonesia. Kalau Malaysia boleh bertahan, cuma tewas 3-2, tentulah kita nak tau juga prestasi pasukan negara jiran menentang MU, sama ada lagi bagus atau lebih lemah? Ia lagi penting kerana Malaysia bakal berdepan dengan pasukan berkenaan dalam banyak perlawanan, bukan lagi aksi persahabatan atau suka-suka. Kita jumpa MU entah berapa tahun sekali, bukan nak rebut kejuaraan tapi aksi ujian sahaja, sedangkan dengan negara jiran seperti Indonesia, banyak cabaran menunggu, antaranya Sukan SEA, Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan sebagainya.

Tak apalah, dah jadi macam tu, bukannya dirancang. Namun, rasanya perlawanan kedua menentang MU lebih baik diberikan kepada pasukan belia negara atau `adjust' skuad Harimau Muda, beri peluang kepada pemain-pemain muda pula. Memanglah masa suntuk kerana kita mengambil alih jadual orang lain (Indonesia) tetapi rasanya kalau nak adjust, tak mustahil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh buat, sedangkan jadual ketat Liga Malaysia pun boleh diubah-ubah, ini cuma untuk sehari, tentu boleh...

Kalau beri peluang kepada pasukan pelapis, lebih bagus. Yang pertama tu oklah tetapi perlawanan kedua tu berilah kepada barisan muda negara. Kalau kita tanya apa pentingnya aksi dengan MU, antara jawapannya ialah pendedahan kepada pemain negara. Dari sudut ini, cuba fikirkan ramai juga pemain dalam skuad kebangsaan berusia 25 tahun ke atas, malah penjaring Mohd. Amri Yahyah sudah 28 tahun. Lima tahun lagi yang 25 tahun dah menjadi 30 tahun...Usia yang sudah menghampiri penamat karier bagi pemain bola sepak tanah air. Bezanya dengan pemain pelapis antara 19 hingga 23 tahun...Kalau kita ambil yang 23 tahun, lima tahun lagi baru 28, masih bertenaga untuk menghadapi aksi antarabangsa. Jadi FAM rasanya perlu juga fikirkan dari sudut ini...Fikirkanlah, mungkin lain kali boleh diketengahkan pemain-pemain pelapis ini, mana tau nak lawan Real Madrid ke, Barcelona ke pula?

7.19.2009

TEWAS TAPI BAGUS?

SKUAD bola sepak MALAYSIA tewas 3-2, tak payah sebut lawannya siapa? Semua orang tahu MANCHESTER UNITED (MU). Tetapi biasalah walaupun hanya aksi persahabatan, hampir kesemua media utama tak henti-henti menghamburkan pujian...Katanya kalah tetapi permainan bagus ditunjukkan skuad negara, ada komen mengatakan ini satu permulaan yang baik... Betulke?

Kiranya, ok juga kepada skuad kebangsaan kerana beraksi `tanpa penyokong' (hampir separuh stadium sokong MU)...Yang jelas ramai warga Malaysia sokong MU. Kalau kalah pun tak kisah kot, Malaysia menentang ramai sangat. Media pun satu, apabila kalah tipis...wow pujian melambung bukan main tapi pihak media pun sokong lain juga, tak percaya ada yang beri publisiti kepada sukan luar negara sampai tak cukup halaman....

Kita tengok pula esok, perlawanan sekali lagi antara MALAYSIA dengan MU...Apa pulak komen???

7.16.2009

ANTARA MALAYSIA DENGAN MU

TANGGAL 18 Julai dinanti-nantikan oleh ramai peminat bola sepak tanah air apabila skuad bola sepak Malaysia bakal bertemu kelab Manchester United (MU) dalam saingan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sempena siri Jelajah Asia kelab Liga Perdana England itu. Cukup menarik, bukan sekadar aksi di tengah padang, malah kerenah penyokong.

Ramai yang keliru nak sokong mana? Nak sokongan patriotik tentulah Malaysia kerana rakyat negara ini, tak sokong United, memang dah peminat setia. Susah tu...Tapi nak sokong pasukan mana pun tak jadi hal, kecuali kalau skuad Malaysia betul-betul boleh buat sesuatu, tentu yang fanatik dengan MU pun boleh beralih sokongan, sokong pasukan negara.
Tak semesti menang, kalau menang lagi baik, jadi pemain skuad bimbingan K. Rajagopal perlulah membuktikan sesuatu. Jangan kata peminat tak patriotik kalau ramai sokong MU kerana pemain Malaysia juga kena tunjuk patriotik, buktikan sesuatu kepada Malaysia...Terjemahkan atas padang, cuma persoalannya, boleh ke buat MU gelisah..?

...MALAYSIA BOLEH...

7.09.2009

TAK BELI LAGI BAIK KOT?




PULAK DAH...Tak ada hasrat pun nak beli Newcastle United, malah orang nombor 2 terkaya di tanah air, TAN SRI T. ANANDA KRISHNAN dilkatakan tidak pernah menghantar wakil untuk berunding tentang pembelian kelab bola sepak England itu.

Tak beli pun tidak apa, Newcastle pun bukan top lagi, penyerang sensasinya, Michael Owen pun dah `lari' ke kelab lebih baik Manchester United (MU) beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Sudahlah jatuh ke bawah, harga Newcastle United bukan murah.

Rasanya kalau nak, beli kelab di tanah air, taklah semahal Newcastle United, labur sikit beli pemain bagus-bagus, dapat pegang teraju dalam Liga Malaysia pun dah ok kot...Pelan-pelan lama-lama boleh intai MU ke Real Madrid ke...Bolehke?

7.06.2009

JUTAWAN MANA NAK BELI KELAB DI MALAYSIA?


TAN SRI T. ANANDA KRISHNAN (orang kedua paling kaya di Malaysia) mahu membeli kelab bola sepak England, NEWCASTLE UNITED. Khabarnya pembelian menelan perbelanjaan 40 juta pound (RM230.3 juta).

DATUK AHMAD SHABERY CHEEK (Menteri Belia dan Sukan) kata, rakyat Malaysia harus berbangga kerana ada di kalangan rakyat negara ini mampu terlibat dalam satu urus niaga yang besar.

Baru-baru ini kecoh ada kelab mahu mengundur diri daripada aksi Liga Malaysia kerana menghadapi masalah kewangan…`Kantong hampir kosonglah tu.’ Malah, ada pengurusan skuad bola sepak negeri yang tertangguh membayar gaji dan elaun pemain…`Persatuan bola sepak negeri tak ada duit lagi.’


Tapi, tidak ada individu mana-mana ke, jutawan ke yang `melabur’ dalam pasukan negeri. Yelah bukan ada nama pun kelab Malaysia (mungkin itu anggapan). Kalau tidak boleh beli kelab atau pasukan negeri kerana di bawah badan atau persatuan negeri, mungkin ada caranya. Mungkin, boleh berunding dengan pihak persatuan terlibat supaya pengurusan bola sepak boleh diletakkan di bawah anak syarikat misalnya. Atau, taja sahaja pasukan terlibat. Kalau hendaklah...


Pembelian kelab di England menelan perbelanjaan sehingga ratusan juta, kalau setakat kelab tempatan, takkan kot puluhan juta pun tak boleh, betul tak?

6.08.2009

BLOGER UTARA BERHIMPUN DI ALOR SETAR

SERAMAI 30 bloger utara dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak buat pertama kali bertemu dalam satu perjumpaan di Hotel Holiday Villa, Alor Setar, pada 4 Julai lalu.

Ia diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama bloger yang di kawasan utara yang selama ini sekadar dikenali melalui blog.

Pertemuan tersebut melibatkan bloger berpengalaman dan individu yang baru menceburi dunia tersebut.

Selain mengerat hubungan, bloger-bloger bersepakat untuk sentiasa membincangkan isu-isu terbaru dalam dunia blog di samping memperbaikki kandungan blog masing-masing supaya selaras dengan perkembangan semasa.

Cuma, dalam kesemua bloger yang hadir, bloger zonbebas satu-satunya yang terlibat dalam penulisan sukan, lain-lainnya merupakan penulis blog-blog politik dan isu semasa.

Tapi...Dalam sukan pun ada politiknya....


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger