Isu peletakan jawatan pemimpin FAM
Oleh ZAINU’L AZHAR ASH’ARI
KUALA LUMPUR – Seluruh negara terus `bergegar,’ kali ini bukan lagi disebabkan keaiban yang dicipta skuad bola sepak kebangsaan sebagaimana dipamerkan pada Kejohanan Piala Asia tetapi isu peletakan jawatan `beramai-ramai’ pemimpin penting dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Begitulah nasib dan tanggungjawab sesiapa sahaja yang menduduki `kerusi panas’ dalam FAM. Kecuali Ibrahim dan Khairy yang dilantik, Tengku Abdullah serta Ibrahim dipilih dalam Mesyuarat Agung FAM oleh ahli-ahli majlis badan induk berkenaan yang terdiri daripada wakil persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab gabungan.
Jika diikutkan kata orang tua-tua, patah tumbuh, yang hilang berganti, tetapi apakah pengganti dicari benar-benar berkualiti. Sehubungan itu, pengganti perlu dicari dengan penuh teliti. Peliknya, pencarian seolah-olah begitu mudah sekali, seolah-olah senang untuk meletakan sesiapa sahaja di bangku `panas’ itu.
Belum pengumuman peletakan jawatan dibuat oleh Tengku Abdullah, sebaik sahaja skuad negara terus dimalukan, ada pihak yang melihat supaya FAM dirombak. Mungkin bertepatan alasan tersebut selepas kegagalan FAM setelah sekian lama tetapi yang peliknya, nama-nama individu tertentu sudah diuar-uarkan sebagai pemimpin badan induk bola sepak negara itu.
Sepatutnya kita menghormati pendirian Najib selaku TPM yang tentunya mempunyai banyak tanggungjawab terhadap negara. Cuma yang pelik, kenapa ada pihak yang beria-ia melihat beliau sungguh berkesan dalam agenda FAM? Malah, Najib sendiri bukanlah daripada kalangan pemimpin bola sepak dalam persatuan yang bergabung dengan badan induk tersebut. Seharusnya tidak ada pengaruh dalam memastikan penglibatan seseorang individu, apatah lagi mereka yang tidak menunjukan minat untuk menerajui persatuan berkenaan. Kita sedia maklum, walaupun pernah dipujuk, Najib telah menolaknya sejak dari awal.
Hakikat itu kerana, dalam kancah bola sepak tanah air, salah satu faktor pemusnah ialah politiking yang menjejaskan mutu bola sepak negara. Sebenarnya pengaruh politik perlu dalam apa sahaja bidang sukan tetapi jika banyak politiking, ia sudah pasti menjejaskan masa depannya.
Malangnya, bukan wang mengalir masuk bak sungai yang mengalir deras tetapi kantung persatuan kontang sehingga setiap tahun timbul cerita-cerita mengenai kegagalan pihak negeri untuk menjelaskan gaji pemain.
Inilah masalah yang ditakuti berlaku dalam pengurusan bola sepak. Malah, lebih
Khabar terbaru, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kononnya mengintai jawatan nombor dua dalam FAM. Senario ini memerlukan penelitian di kalangan mereka-mereka yang berkaitan degan pemgurusan badan bola sepak tersebut. Setiap cadangan perlu diteliti secara mendalam dengan mengambilkira faktor individu terbabit.
Shahidan, selain menteri besar, beliau memegang jawatan sebagai presiden dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).
Apakah wajar bagi beliau menduduki kerusi `panas’ FAM. Mungkin ada kebenarannya beliau boleh memimpin FAM walaupun mempunyai banyak tanggungjawab sebagai ketua negeri dan pemimpin persatuan lain, tetapi perlulah dengan alasan menarik atau rekod pencapaian yang memberangsangkan dalam menerajui badan berkenaan. Cuma, di peringkat negeri, Shahidan boleh dikatakan agak berjaya selepas membawa kejayaan kepada Perlis menjulang Piala
Bagaimanapun, kita patut mengangkat topi kepada Shahidan, seorang yang secara berterus terang dalam memperkatakan sesuatu termasuk menawarkan diri dalam merebut apa-apa jawatan yang diidamkan, bukan menerusi pengaruh seseorang atau proksi
Satu lagi faktor, kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said iaitu pegawai persatuan bola sepak negeri yang memegang jawatan untuk tempoh terlalu lama tanpa apa-apa sumbangan perlu meletakan jawatan bagi memberi laluan kepada tenaga baru, membuktikan bahawa kemerosotan kepimpinan bukan sahaja di FAM, malah di peringkat negeri. Ini berkaitan dengan masalah politiking di negeri-negeri terbabit.
Pada masa ini, ramai yang mahu merasai `nikmat’ kerusi nombor dua FAM itu. Seharusnya mereka tampil menawarkan diri untuk dinilai. Malah, jika ada yang mahu mencabar jawatan Presiden FAM sekalipun, jangan berselindung sebagaimana yang pernah berlaku. Sebelum ini, ramai yang berminat untuk bertanding tetapi apabila sampai hari pengundian, jawatan tersebut tidak ditandingi.
Biar apa pun alasannya, sebenarnya keputusan telah dibuat oleh kita. Bagaimana corak sekalipun, kita perlu menerimanya, jangan apabila berlaku sesuatu yang pahit, ketika itu baru hendak menuding jari. Atau, masih belum terlambat untuk mengubah kedudukan asalkan jangan banyak politiking.
1 comments:
memang pastinya ramai "buaya-buaya" yang menunggu untuk menangguk di air keruh.. bagai di kata, sebaik tengku abdullah mengumumkan perletakkan jawatan beliau. banyak le kedengaran suara-suara cadangan supaya orang-orang tertentu mengambil alih. tetapi tidak ada satu suara pun yang benar-benar tulin (genuine). kenapa orang yang sangat bersemangat tinggi seperti Datuk Ahmad Basri Akil tidak mendapat "pencalonan"?? tanya-tanya la diri kita..
Post a Comment