Hendak bawa masalah negara, teliti di negeri-negeri dahulu !
Oleh ZAINU’L AZHAR ASH'ARI
Perbualan mengenai aib yang ditanggung Norizan dan `bala tentera’ pimpinannya masih kedengaran di mana-mana, tidak kira kedai kopi atau di Parlimen sekalipun, malah kabinet memberi tumpuan mengenai masa depan bola sepak negara itu apabila meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan laporan mengenainya.
Sebenarnya apakah persoalan? Apakah kegagalan Malaysia layak ke suku akhir atau kekalahan besar 5-1 kepada China, dibelasah 5-0 oleh Uzbekistan dan tewas 2-0 dengan Iran dalam perlawanan Kumpulan C Piala Asia menjadi tumpuan perbincangan.
Jika kegagalan ke suku akhir diambil kira, apakah kita sedar di mana kedudukan
Bagaimanapun, ramai yang tidak memikirkannya secara mendalam, malah di Parlimen, isu bola sepak tiba-tiba menarik perhatian, menenggelamkan seketika perkara-perkara lain yang berbangkit. Hebatnya bola sepak, dari kalangan golongan berpendapatan rendah hinggalah ke ahli parlimen dan menteri, ada sahaja yang dibangkitkan.
Memang ia wajar diperbahaskan untuk kepentingan bersama tetapi jika sekadar hendak `menghentam’ tanpa sebarang rumusan atau idea yang boleh membangunkan bola sepak negara, ia sesuatu cukup menyedihkan.
Bayangkan, kalah sahaja
Kata-kata seperti pemain skuad bola sepak kebangsaan `pondan’ dan cadangan supaya menentang pasukan wanita negara ditimbulkan di Parlimen. Benarkah dakwaan sinis itu dan sesuaikah diterima pasukan negara. Apakah relevannya kata-kata dan cadangan seumpama itu.
Kejayaan skuad wanita tidak boleh diperlekehkan walaupun mencatat kejayaan hanya pada Sukan Arafura jika dibandingkan komitmen lebih besar di Piala
Peliknya, isu seumpama itu menarik perharian. Sebaliknya, tidak ada ahli-ahli parlimen yang memperjuangkan soal pembangunan akar umbi. Mereka perlu ingat, jika kegagalan atau kejayaan dalam pelajaran boleh dikatakan bermula dari rumah, begitu juga dengan bola sepak yang bermula dari sekolah, diikuti daerah iaitu termasuk kawasan ahli-ahli parlimen berkenaan sebelum ke peringkat negeri dan negara. Mungkin apabila gagal skuad kebangsaan, kita turut terkena tempiasnya kerana berpunca alasan tersendiri seperti tidak ada penghasilan bakat di peringkat akar umbi. Inilah yang perlu dijenguk oleh ahli-ahli parlimen.
Pada masa hadapan diharap sidang Parlimen terus hangat dengan isu-isu bola sepak tetapi yang berkaitan pembangunan sukan berkenaan termasuk program akar umbi. Alangkah manisnya, jika sebelum melangkah ke isu negara, peringkat akar umbi atau negeri dipantau terlebih dahulu.
Sebagai contoh, terbaru akhbar melaporkan tentang pemain-pemain
Itu cuma kisah dari Bumi Kenyalang yang tersebar, mungkin banyak lagi negeri yang persatuan bola sepaknya diterajui sama ada menteri besar atau ketua menteri mempunyai nasib sama seperti
Sepatutnya perkara-perkara sebegini dibawa ke peringkat atasan kerana sebahagian daripada faktor yang memungkinkan ia menjadi wabak sehingga menjejaskan usaha membangunkan bola sepak tanah air.
Apa tidaknya, kalau banyak masalah, siapa hendak bermain biarpun handal seperti Ronaldinho sekalipun. Kesimpulannya, apa sahaja proses berkaitan mengembalikan kecemerlangan skuad negara perlu dilihat secara menyeluruh, tidak kira di mana sahaja.
0 comments:
Post a Comment