8.05.2009

INDUSTRI SUKAN: REALITI ATAU FANTASI?

BAHAGIAN 2

SUKAN jadi 1 industri, macam 1 MALAYSIA pulak...Tapi kalau kena pelaksanaannya, mungkin boleh jadi sesuatu yang dibanggakan. Cuma, bagaimana mekanismenya? Seperti kita ketahui, kalau nak buat bisness besar, kena ada duit manyak wooo...

Nak buka kedai minyak pun, rasanya tak ada RM500,000 sebagai modal dan cagaran dalam bank, jangan mimpi, jangan cakaplah. Memang ada macam-macam pinjaman, Tekun, Mara dan sebagainya tapi itu kenalah buka kedai kecik atau warung dulu sebab yang besar kena kasi orang ada duit.

Jadi bila sukan disebut industri, bunyinya besar. Entah siapa kaut untung? Di mana kedudukan atlet dan orang yang memperjuangkan sukan tetapi sampai sekarang, bukan kata hendak ceburi bisnes sukan, jemputan program berkaitan sukan pun tak dapat lagi?
Inilah perkara perlu diteliti. Rasanya, beri peluang kepada pejuang sukan seperti atlet untuk buat bisnes sukan. Ramai atlet-atlet negeri dan kebangsaan buat bisnes sukan walaupun kecil-kecilan dengan membuka kedai sukan.

Dari segi akademik, perhatian telah diberikan kepada atlet menerusi penubuhan dua sekolah sukan, di Bandar Penawar dan Bukit Jalil. Jadi, bagus juga kalau tumpu pula untuk bantu atlet ceburi atau kembangkan bisnes sukan, dapat hargai pengorbanan mereka selain amalan beri tanah selepas mereka mengharumkan nama negara.

Sebelum ni pun ada produk sukan dihasilkan tokoh sukan seperti jenama Sidek. Kalaulah bisnes seperti ini boleh diceburi tokoh-tokoh sukan atau atlet di negara ini menerusi bantuan pihak tertentu, rasanya matlamat sukan 1 industri boleh tercapai...Biar bermula kecil tapi berkembang besar.

Sebenarnya, banyak lagi boleh dilakukan untuk jadi serampang dua mata, selain titikberatkan kebajikan atlet, dapat jayakan sukan 1 industri. Contohnya, penubuhan koperasi untuk atlet merupakan antara yang boleh di ketengahkan.

Zonbebas pun rasa nak dijadikan jenama, nak tumpang semangkuk. Nak jual baju-t ke, topi ke cop zonbebas. Cuma, takut cetak baju-t 1,000 helai, kena pakai pun 1,000 helai sebab jual tak laku...Takut nyer!!!

4 comments:

samdol said...

Sembang politik je tu.

Anonymous said...

betul..budak shabery tu kuat angan-agannya. nama je gah tp konvensyen yg paling boring pernah aku hadiri..

Anonymous said...

semua sandiwara nak popularkan diri...mula dgn konvensyen sukan lepas tu industri sukan lepas tu pengambilan alih semua persatuan sukan...eh eh nampaknya sama dgn skrip lama minister sukan yg lepas? Mungkin saya buat silap. Let me check my notes again.

Tp kalau sandiwara ini berterusan...tentulah yg well connected dengan menteri ini akan mendapat habuan mereka.

Sy berdoa menteri sukan ini adalah berlainan dari yg lepas (menteri sukan 2004-2008)...tp harapan sy hancur melihatnya membuat cadangan yg sama dgn yg lama. Agar bila menteri kita ini boleh fikir out of the box utk pengamal sukan yg tulen (atlet dan pegawai yg benar2 mengamalkan dan ingin mengembangkan sukan utk Negara bukannya sekadar utk diri mrk aje)? Sy kesian lihat persatuan sukan keb & ngr sekali lagi akan diketepikan oleh kbs utk kepentingan individu dlm industri sukan ini.

Dimanakah MOM utk melindungi persatuan2 ini dari ditindas atau dipergunakan atau mereka (MOM) sendiri dlm belenggu poltik mrk tersendiri?

JUNAIDI said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger