9.06.2009

VELODROM: MERCU TANDA ATAU GAJAH PUTIH?

LAMA dah tak menulis, ada sebab walaupun jari-jari merasa gatal sangat nak tekan keyboard, nak coret sesuatu...Apa boleh buat, ada urusan lain. Tapi tak apalah, dah dapat peluang bolehlah nak lontar pandangan tentang isu yang baru-baru ini ditimbulkan oleh Menteri Belia dan Sukan, DATUK AHMAD SHABERY CHEEK, kerajaan setuju nak bina velodrom tertutup taraf Olimpik.

Wow...Bunyi menarik, satu lagi mercu tanda. Bila sebut velodrom, sebenarnya di negara kita dah ada velodrom, dua buah lagi iaitu satu Velodrom Rakyat di Ipoh dan Velodrom Cheras. Cuma yang nak dibina ini khabarnya taraf Olimpik, tentulah lebih canggih dan berbeza daripada kedua-dua yang sedia ada. Malah, treknya diperbuat daripada kayu, tentulah mahal.
Cuma yang kita bimbang dan tidak mahu lihat, janganlah velodrom baru nanti jadi `gajah putih' atau menerima nasib sebagaimana dua buah velodrom sedia ada. Kata rakan-rakan orang Kedah, `dulu tersergam indah, sekarang layu dah.'

Kalau nak dikatakan, dulu lain sekarang lain sebab velodrom baru lebih sofisticated, masa baru-baru bina Velodrom Rakyat atau Velodrom Cheras, perkataan sama juga diucapkan...Yelah masa tu dua-dua tu yang terbaik pun. Tapi bila dah bertahun-tahun, suram, entah berapa ramai agaknya pelumba basikal yang menjalani latihan di situ? Kalau bina sebuah velodrom berjuta ringgit hanya kerana kita ada beberapa kerat sahaja pelumba tertentu yang bakal menggunakannya, fikirkanlah wajar atau tidak pembinaannya, mungkin perbaikki atau naik taraf sahaja yang sedia ada.

Lagi satu, kalau ada velodrom tapi tak ada program pun satu hal, macam ada padang bola tapi tak ada pemain nanti jadi padang ragut. Menteri kena fikirkanlah program-program bersangkutan dengan pelumbaan trek.

Kalau bolehlah, Biar ia jadi macam Litar Formula Satu (F1) Sepang, walaupun tak ada pelumba F1 Malaysia berlumba tapi ia dah masuk dalam kalendar acara tahunan negara, malah membawa hasil komersil menerusi pelbagai sumber termasuk hak penyiaran televisyen.
Ini sekadar renungan atau ingatan, jauh sekali bantahan. Kalau nak bina, biarlah ada impaknya. Jangan pula `rumah dah siap, pahat masih berbunyi.'

1 comments:

Anonymous said...

Salam Ramadhan. Di bulan mulia ni elok la muhashabah diri dengan lupakan dan kikis sikap membazir kerana ia suku sakat syaitan. Gitu jugakla dengan pembinaan Velodrome ni..TAK PERLU!!! Tambah sikit utk perbaiki velodrome Ipoh atau Cheras, kita tak pakai tiap-tiap ari woo.. Tolong la sapa-sapa yang dekat dgn budak Shabery ni peringatkan sikit dia. Naim jgn cerita la..bagai L***U dicucuk hidung setuju aje...(masyuuuk...)


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger