Pertarungan unik dua gergasi
Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
MALAM ini, Stadium Nasional, Bukit Jalil pasti gegak gempita apabila dua gergasi, Kedah dan Selangor berentap `bermati-matian' hanya untuk mencapai satu matlamat, menjulang Piala Malaysia, trofi paling berprestij yang bakal mengangkat martabat pasukan bola sepak di negara ini.
Tentunya, apabila Kedah bertemu Selangor dalam apa sahaja aksi sama ada Liga Super, Piala FA, pasti mencuri tumpuan bukan sahaja peminat-peminat di utara ataupun di Lembah Klang, malah di seluruh negara kerana kedua-dua pasukan mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri dalam lembaran bola sepak tanah air.
Apatah lagi, aksi malam ini adalah final Piala Malaysia, saingan kemuncak penutup tirai musim 2007/2008 yang bakal menyaksikan seluruh Stadium Nasional sesak dengan penyokong, penuh dengan `lautan warna kuning' diselang seli hijau dan merah, warna kebanggaan kedua-dua jaguh itu.
Di stadium berkecuali itu, pasukan Hijau Kuning, Kedah datang dari jauh berbekal reputasi tinggi selaku juara berganda selepas memenangi Liga Super dan Piala FA musim ini dan tentunya mahukan Piala Malaysia sebagai pelengkap kejayaan manis untuk mengakhiri pencapaian terbaik musim 2007/2008.
Piala Malaysia musim ini menjadi idaman Kedah, bukan sekadar menjulangnya sebagai pasukan bola sepak terbaik tanah air, malah mencatat sejarah bola sepak negara dengan memenangi ketiga-tiga gelaran buat dua musim berturut-turut selepas meraih kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim lalu.
Namun, tentangan kali ini amat berbeza apabila Kedah buat pertama kali berdepan Merah Kuning, Selangor dalam final Piala Malaysia, tetapi bagi jurulatih, Azraai Khor Abdullah, anak-anak buahnya tidak mengira siapa lawan di pentas akhir dalam apa-apa sahaja saingan.
``Memang ini adalah pertama kali kami (Kedah) bertemu Selangor tetapi ia adalah pasukan dengan barisan pemain sama ketika Kedah tewaskan pada saingan Liga Super dan final Piala FA,'' kata beliau merujuk kejayaan Kedah mengatasi skuad Red Giants itu 3-2 pada saingan Piala FA musim ini.
Azraai yakin, anak-anak buahnya bukan sahaja mempunyai banyak pengalaman beraksi dalam final termasuk Piala Malaysia musim lalu tetapi sudah mengenali corak permainan Selangor dalam siri perlawanan sebelum ini yang dapat membantu mencapai misi memburu kejuaraan musim 2007/2008.
Kedah atau turut digelar skuad Kenari, benteng pertahanannya dibarisi ketua pasukan, Victor Andrag dan pemain-pemain kebangsaan iaitu Shafizan Hashim dan penjaga gol, Helmi Eliza Elias yang dianggap antara barisan pertahanan paling kebal di negara ini,
Barisan serangan pula cukup berbahaya, Marlon Alex James dari negara St. Vincent & Grenadine adalah tonggak import terbaik dalam kancah Liga Malaysia apabila muncul penjaring terbanyak, bukan sahaja dalam Liga Super, malah pada saingan Piala Malaysia ketika membantu Kedah ke final, mendahului lain-lain pemain.
Pastinya, dengan dibantu pemain tengah, Nelson Sam Martin dan barisan pemain-pemain muda seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar dan Mohd. Fadly Baharom, Marlon bijak mencuri kesempatan, malah rembatannya cukup kencang untuk mencemaskan penjaga gawang lawan, apatah lagi kali ini dia begitu mengidamkan kejuaraan untuk mencipta sejarah buat Kedah dan dirinya.
Marlon bersama rakan senegaranya, Cornelius Bernard Hugging mahu mencatat pencapaian terbaik buat dua musim berturut-turut sebagai kenangan paling bermakna sebelum meninggalkan pasukan kesayangannya itu gara-gara peraturan menyekat aksi pemain import musim depan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sudah pasti dia cukup berbahaya malam ini.
Bagaimanapun, Kedah tidak akan diberi laluan mudah kerana Selangor berbekal reputasi selaku juara sebanyak 32 kali mahu memastikan Piala Malaysia kembali tersimpan di Lembah Klang setelah kali terakhir mendakapnya pada 2005.
Jurulatih, Dollah Salleh mahu menutup tirai musim ini dengan merampas Piala Malaysia selepas gagal merebut sebarang gelaran buat dua musim berturut-turut dan kali ini merupakan peluang terbaik untuk mengotakan impian.
Pastinya, Dollah dan pemain-pemainnya terutama penyerang harapan Selangor seperti Safee Sali atau Frank Seator mahu membalas dendam selepas kecewa dikalahkan Kedah 3-2 pada final Piala FA yang lalu buat penawar kepada penyokong Merah Kuning. Namun, impian tidak memadai, ia sekadar membakar semangat, cuma aksi di tengah gelanggang bakal menjadi penentu, segala-galanya ditentukan malam ini.